Friday, December 2, 2011

Legacy #3

~Salam Sejahtera

2.35 p.m, Sabtu, 3.12.11

Hari ini aku menapak ke kelas, "arghhhhhh malasnye nak ke kelas, sepatutnya hari ini aku cuti laaa...adoiiii kenapala harus ke kelas?" Sedar tak sedar aku bingkas bangun mengapai kain tuala yang tersidai. "Aduhh, sejuknya air nie". Terasa kesejukannya sehingga tulang sum-sum. Selesai sahaja mandi aku bergegas untuk menyediakan diri ke kelas. Sambil bersiap telinga aku mendengar juga satu motivasi pada pagi ini.

 "Hidup ini harus berfikiran positif" Ya inilah tajuknya, tak syak lagi.
Tubuhku terhenti seketika, tanganku  bagai tiada urat yang menyokong, kakiku berhenti melangkah hanya telingaku terus mendengar,minda terus berfikir, hatiku mula berkata-kata.
   
  "Dalam dunia manusia ini kita diberikan 4 mata, pertamanya mata hati,kedua mata akal, ketiga, mata fizikal dan keempat mata nafsu. Ada segelintir daripada kita menggunakan mata hati lantas mereka berasa dekat dengan Allah, ada sebahagian dari kita menggunakan mata akal lantas akal yang digunakan itu terbahagi kepada dua samaada memikirkan Allah atau urusan duniawi. Ada juga di antara kita hanya menggunakan mata fizikal, golongan ini hanya memikirkan hal duniawi. Akhir sekali ada juga yang menggunakan mata nafsu yang membolehkan diri terjebak ke jalan yang di murkai Allah."



Aku tersentak dengan ayat-ayat yang dikatakan tadi. "Mata apakah yang selalu aku gunakan? Mata akal,nafsu,fizikal, atau mata hati?". Persoalan ini bermain di benak fikiranku agak lama. Aku merasakan diriku begitu jauh dengan Allah. Aku merasakan diriku ini hina disisi Allah. Allah kurniakan segalanya apa yang diinginkan oleh hamba-Nya tetapi ada juga diantara hamba-Nya tidak pernah bersyukur, tidak juga pernah sedar bahawa yang menunggu kita adalah mati. Apabila mati nanti mata apakah yang akan digunakan?

Mata hati yang akan betanggungjawab membawa kita memikirkan kebesaran Allah, yang membawa kita kejalan kebenaran. Ingatlah orang yang mengingati mati ituadalah orang yang paling bijak kerna mereka berfikir dengan mengunakan mata hati di ikuti mata akal.

~
NUR-NUR ILAHI ADALAH KENDERAAN HATI DAN RAHSIA HATI. NUR ITU IALAH TENTERA HATI, SEBAGAIMANA KEGELAPAN ADALAH TENTERA NAFSU. JIKA ALLAH S.W.T MAHU MENOLONG HAMBA-NYA MAKA DIBANTU DENGAN TENTERA ANWAR (NUR-NUR) DAN DIHENTIKAN BEKALAN KEGELAPAN. NUR ITU BAGINYA MENERANGI (MEMBUKA TUTUPAN), MATA HATI ITU BAGINYA MENGHAKIMKAN DAN HATI ITU BAGINYA MENGHADAP ATAU MEMBELAKANG.~


     

1 comment:

Ieqa Swetluv said...

sebab itu sebagai seorang hamba, kita perlu muhasabah diri, memelihara hati dr godaan dunia.. semoga hati ini tidak jauh dari rahmat Maha Pencipta, insyallah =)