Sunday, November 27, 2011

Legacy #2

~Salam Sejahtera~

6.26 p.m,Ahad,27.11.2011

Hari ini aku menapak lagi, menapak mencari sinar. Kemanakah arah tuju aku yang sebenar? Sedar tak sedar dalam dunia nie aku hanya diberi dua pilihan. Hidup atau Mati?

Kalau aku memilih HIDUP, aku terus menapak lagi mencari sinar yang tak pasti, hidup? Masih bersisakah hidupku ini. Sedetik aku terfikir lagi dalam hidup ini aku juga diberikan dua pilihan baik atau buruk...
           "Arghhhhhh hatiku berombak laju entah lagu apa yang dimainkan, Nirvana,Metallica?? Aku terdiam sepi". Perjalananku masih panjang maih banyak yang ingin aku ceritakan, kisah hidup seorang pemuda yang cuba menempuhi pelbagai halangan.

Sedar tak sedar, tanganku sedang mencapai sesuatu, ya tak syak lagi HP yang sedang ku gapai. Switch on ditekan. Program photoshop diklikan, fikir-fikir nak edit gambar sikit. Boring-boring katakan. Segala capaian telah dibuat.
         "tanggggggg!!!!!" ya Allah, selamat aku dalam bilik, kalau tak memang habuk la jadinya. Kilat dan Guruh terus beirama umpama drum beat yang dihentam main saja tanpa score yang teratur.

"Fuhhhh!!! Selamat dunia." Mata dan tangan masih ligat bermain di keyboard. Telinga asyik mendengar lagu korea. "Dummmmppppp!!!" sekali lagi alam mengeluarkan suara.
      "Ishhhh, apa yang tak kena dengan aku nie??" Tangan yang ligat sebentar tadi terhenti seketika, Mata yang fokus tadi bagai nak tembus skrin lappy nie di arah ke luar cakerawala. Mungkin ada sesuatu yang tak lengkap dalam diri aku. Termenggu seketika bagai menanti bulan jatuh ke riba agaknya. Mindaku terarah ke suatu benda.

Di benak pemikiranku, aku terfikir akan satu perkataan MATI. "Hmmmmm...Mati tu apa rasanya ha? Orang selalu bunuh diri tak sakitkah? Mainan dunia? Bersediakah mereka yang mati bunuh diri tu?" Banyak soalan banyak juga tanda tanya yang tak terungkai. Aku karam dalam lautan soalan yang bergelora. Aku terus hanyut dalam ombak yang deras membawa aku ketengah lautan tak perpenghujungnya
   

  "Hidup itu penuh tanggungjawab, tanggungjawab nak mati terutamanya. Bersediakah untuk semua itu kerna dalam alam ini hanya ada dua. Syurga dan Neraka, Pahala dan Dosa. Apakah pilihan kita?"

2 comments:

Amira Sakinah Sulaiman said...

mestilah hidup.dapat meneruskan perjuangan bersama orang tersayang :)

kalau bunuh diri, sah sah dimasukkan ke dalam neraka..ia ibarat kte berputus asa dgn kehidupan...

Unknown said...

@amira,ya hidup selagi termampu