Sunday, December 18, 2011

KELAHIRAN

Kelahiran merupakan satu perkara yang dinanti-nantikan untuk semua pasangan yang mendirikan rumah tangga. Kelahiran individu baru merupakan satu permulaan bagi kehidupan berkeluarga.

Aku masih hidup lagi, syukur Alhamdulillah,  hari ini aku melangkah masuk ke 18..haa ke 18?? umur yang ke-18 laaa. Aku berdiri disini bukan aku hidup sendiri, aku hanya lahir dari setitis air mani yang hina seterusnya seketul daging seterusnya tulang belulang yang dibaluti daging maka setelah 9 bulan aku dikandung oleh si ibu maka hidup lah aku setelah ditiupkan roh oleh Allah.

Tidak wujud aku disini tanpa pengorbanan ibu yang sanggup membawa aku kesana kemari tanpa mengenal erti penat jemu. Kalau difikirkan pengorbanan itu, pengorbanan susu yang diberikan jika ibu tidak menghalalkan itu semua maka siapalah aku dimuka bumi ini, pengorabanan ibu tidak terbalas, aku tidak dapat memikirkan apa yang akan ku balas nanti, yangg aku hanya fikirkan mampukah aku membalas jasa ibu. Ibu, pengorabanan yang engkau lakukan untuk diriku tidak dapat dibayar, ku pohon restumu ibu ku pohon doamu ibu. Ampunilah segala dosa-dosaku ini ibu. Aku akan berusaha melakukan apa yang termampu.

Ayah, kau penat bekerja siang dan malam tanpa mengenal jemu. Jika engkau mahukan kembali setiap sen yang engkau gunakan untuk aku, nescaya tidak terbals,tidak terbayar aku dibuatnya...Ayah kau ibarat idola dalam hidupku bekerja siang dan malam. menjagaku kala aku sakit.Akan ku kenang segala pengorbanan mu Ayah. Aku tahu dulu kau mendidik ku dengan tegas semata-mata mahu aku menjadi manusia yang berbakti kepada manusia. Akan ku kejar apa yangg dipintamu Ayah. Ampunkan segala dosa-dosaku ayah.

Kini aku berumur 18 tahun. Panjang perjalanan hidupku, kawan-kawan terima kasih kerana memberi aku peluang untuk aku hidup memberi kecerian mahupun kesakitan hati untuk kalian semua. Ampunkan segala doasaku jika aku ada sedikit sebanyak menguris hati kalian. Aku tak akan terus hidup sebegini jika kalian tiada disisi kalian umpama tongkat untuk aku terus berjalan memberi semangat dikala aku memerlukan. Memberi bantuan dikala aku kebuntuan. Aku hargainya sangat menghargai. Tidak tebalas jasa kalian jika dihitungkembali. Hanya Allah mampu membalasnya. Halalkan segala jasa yang telah kalian curahkan untuk ku.

Terima kasih kerana masih hidup bersamaku

Monday, December 12, 2011

Ombak RINDU

Salam Sejahtera

Y'all baru-baru nie i ada g tengok OMBAk RINDU....org selalu memperkatakan mengenai ombak rindu hasil karya Fauziah Ashari. Dulu masa form two i ada jugak baca novel nie memang best laa kn...bukan nak kata i nie jiwang ke apa tp dah orang offer suruh baca i pown baca laa...

sedar tak sedar 1.Disember.2011 keluar satu citer OMBAK RINDU apa lagi memang tak sabar laa nak tengok..tapi apakan daya semalam ja baru dapat tengok...at least dapat jugak tengok daripada tak dapat tengok langsung kn???

hurmmmmm selaku aktivis pengkomen citer-citer melayu nie...dengan rasa bangganya aku mengumumkan bahawa OMBAK RINDU termasuk dalam carta citer melayu yang aku minat selepas nur kasih. baru dua crita melayu aku minat ada lagi kaa cerita melayu yang aku minat?? hurm  hopefully ada lagi laa production kat malaysia mampu buat cerita yang lebih gempak dari dua cerita nie..

Ok mari bercerita pasal ombak rindu...mula-mula first part citer tue ayat perghhhh
     " hidup ini bagaikan layang-layang kadangkala terbang bebas di angkasa tapi kalau terputus talinya, hidup ini ibarat layang-layang yang terdampar di lautan mengikut arus laut"

Adoiii ayat first pown dah motivate aku dah...betul laa kalau hidup ini asyik dok kat atas jaa mana mungkin nk berjaya kadang kala kena laa jugak putus tali untuk tahu arah hidup, nak taw tujuan hidup. Tapi apa yang aku respect is penggorbanan dalam novel tuh diadaptasikan dalam movie...Bukan mudah dari novel nak jadikan satu naskah skrip yang memang betul-betul touching

Ehhhh...kau tipulaa kau tak nangis...jangan pikir org perempuan jer nangis tengok citer nie orang laki tak nangis...aku observe satu cinema laki pempuan pakat cover dgn sweater yang depa bawak...taw-taw laa kan late night movie mesti bawak sweater sebab sejuk...hahaha padahal ada udang di sebalik batu nak cover kata depa dok nangis...

haishhhh.....kenapa laa citer nie touching sangat? aku rasa aku da dapat jawapan dia.. cerita nie lakonan Maya Karin+Aeron Aziz+Lisa Surihani semua nie actor and actress mantap sebab diorang bawak character masing-masing dengan jayanya... sebab tue box office,

secondly sebab director citer nie osman ali, dia pndai pilih tmpat nak acting tngk scenery dia pown dah touching kowt..mak aiiii cantik kowt...inilah Alam Allah. Penuh dengan kecantikan.

Ketiga, sebab plot-plot dalam novel diadaptasikan hampir sama macam dalam cerita..well down good job everybody..seriously apabila unsur ketuhanan diletakan dalam cerita romantic macam nie of course secara tidak langsung memberi impak kepada penonton yang melihat...dengar lagu soundtrack dia sudah laa

nie haa lagu soundtrack tue



dengarlahh.....kita ingat tuhan bila kita susah jaa kn??? aku pown samalahh... manusia selalu kena muhasabah diri dan cerita nie banyak bagi pengajaran.. so hopefully banyak lagi production kat malaysia nie keluarkan cerita dari novel tapi jangan belmbak sgt nnt boring plak rakyat malaysia sebab asyik-asyik cerita asal dari novel tapi at least find some sources dari novel yang betul-betul bole buat script dan box office

*oleh itu tahniah kepada team production OMBAK RINDU anda telah berjaya menakluki hati saya.





Friday, December 2, 2011

Legacy #3

~Salam Sejahtera

2.35 p.m, Sabtu, 3.12.11

Hari ini aku menapak ke kelas, "arghhhhhh malasnye nak ke kelas, sepatutnya hari ini aku cuti laaa...adoiiii kenapala harus ke kelas?" Sedar tak sedar aku bingkas bangun mengapai kain tuala yang tersidai. "Aduhh, sejuknya air nie". Terasa kesejukannya sehingga tulang sum-sum. Selesai sahaja mandi aku bergegas untuk menyediakan diri ke kelas. Sambil bersiap telinga aku mendengar juga satu motivasi pada pagi ini.

 "Hidup ini harus berfikiran positif" Ya inilah tajuknya, tak syak lagi.
Tubuhku terhenti seketika, tanganku  bagai tiada urat yang menyokong, kakiku berhenti melangkah hanya telingaku terus mendengar,minda terus berfikir, hatiku mula berkata-kata.
   
  "Dalam dunia manusia ini kita diberikan 4 mata, pertamanya mata hati,kedua mata akal, ketiga, mata fizikal dan keempat mata nafsu. Ada segelintir daripada kita menggunakan mata hati lantas mereka berasa dekat dengan Allah, ada sebahagian dari kita menggunakan mata akal lantas akal yang digunakan itu terbahagi kepada dua samaada memikirkan Allah atau urusan duniawi. Ada juga di antara kita hanya menggunakan mata fizikal, golongan ini hanya memikirkan hal duniawi. Akhir sekali ada juga yang menggunakan mata nafsu yang membolehkan diri terjebak ke jalan yang di murkai Allah."



Aku tersentak dengan ayat-ayat yang dikatakan tadi. "Mata apakah yang selalu aku gunakan? Mata akal,nafsu,fizikal, atau mata hati?". Persoalan ini bermain di benak fikiranku agak lama. Aku merasakan diriku begitu jauh dengan Allah. Aku merasakan diriku ini hina disisi Allah. Allah kurniakan segalanya apa yang diinginkan oleh hamba-Nya tetapi ada juga diantara hamba-Nya tidak pernah bersyukur, tidak juga pernah sedar bahawa yang menunggu kita adalah mati. Apabila mati nanti mata apakah yang akan digunakan?

Mata hati yang akan betanggungjawab membawa kita memikirkan kebesaran Allah, yang membawa kita kejalan kebenaran. Ingatlah orang yang mengingati mati ituadalah orang yang paling bijak kerna mereka berfikir dengan mengunakan mata hati di ikuti mata akal.

~
NUR-NUR ILAHI ADALAH KENDERAAN HATI DAN RAHSIA HATI. NUR ITU IALAH TENTERA HATI, SEBAGAIMANA KEGELAPAN ADALAH TENTERA NAFSU. JIKA ALLAH S.W.T MAHU MENOLONG HAMBA-NYA MAKA DIBANTU DENGAN TENTERA ANWAR (NUR-NUR) DAN DIHENTIKAN BEKALAN KEGELAPAN. NUR ITU BAGINYA MENERANGI (MEMBUKA TUTUPAN), MATA HATI ITU BAGINYA MENGHAKIMKAN DAN HATI ITU BAGINYA MENGHADAP ATAU MEMBELAKANG.~