Saturday, September 29, 2012

Aku Pergi Dulu



    Aku dilahirkan di sebuah hospital dan dibesarkan di situ sehingga aku mampu berfikir. Jiwaku, hatiku, kehidupanku telah sebati dengan "HOSPITAL" . Lantas aku memasang cita-cita sebagai seorang budak untuk kembali bekerja di sini di HOSPITAL ini untuk menjadi seorang doktor.

   Masa berganti masa cita-citaku semakin pudar kerna aku semakin mengenali dunia. Aku semakin ligat menghitung cita-citaku. Aku tahu aku mampu beralih arah. Ya dan ternyata sangkaan ku benar. Aku mlibatkan diri dalam pertandingan yg melibatkan kajian dan aku mula seronok denganya. Ternyata cita-citaku berubah. Aku mahu menjadi seorang biotechnologist. Ala-ala researcher laa kn.

Tetapi semua itu berakhir,

   Rezekiku, takdirku semua itu telah ditetapkan oleh Allah. Yang dikatakan hati itu boleh berubah. Hati juga berubah. Tidak lain tidak bukan aku ingin kembali berkhidmat di Hospital. Itu citaku, itu harapanku dari dulu, dari kecilku aku bercita-cita nak bekerja di IJN (Institut Jantung Negara) dan sekarang aku dalam perjalanan menuju citaku. Alhamdulillah ini mujahadah citaku kerna-Nya. Biar apa pun yang berlaku ini takdir ketentuanku. Ini jalan yang telah ku pilih tiada jalan untuk berpatah balik.

Ya, tiada jalan untuk aku berpatah kembali. Akan ku teruskan meski langkahku ku tempang, meski langkahku rapuh. Oh ya, mungkin si dia sumber inspirasi hidupku. Hidupnya dulu juga pernah tempang, pernah berdarah, pernah berduri tetapi kini hidupnya bahagia saja. Mungkin ada masalah tetapi masalah itu masalah dewasa. Hahahaha, kekadang aku terfikir jugak, usianya meningkat tua tetapi jiwanya tetap muda. Bersyukur kepada Allah, aku bertemu insan ini, setahuku insan ini tidak pernah putus untuk berusaha. Bersyukur kepada Allah, dan ketika masa ku hadapi duka dia hadir bisikan kata suatu kenangan terindah. Ya aku bangkit semula. kenapa perlu mengalah kerna perjuangan masa ada dihadapan. Aku bersyukur Allah temukan aku dgn seorang insan ini, kerna dia aku mampu menjadi seorang manusia. Kerna-Nya aku berharap dia berbahagia bersama keluarga tercinta. Doaku tidak pernah putus berharap agar kehidupan insan ini dipermudahkan. Cukuplah derita yg dihadapinya ketika remaja. Thanks for being my light bro. You always in my heart. Thanks for making me to be a HUMAN


Aku Pergi Dulu sahabat, perjuanganku kerna-Nya. Aku tahu mungkin kembaliku nanti kalian telah pon dewasa. Kalian mesti telah ketemukan cinta manusia. Perjalananku suatu perjalanan yg panjang, penuh liku. Doa kalian amat ku harapkan. Doakan aku wahai sahabat. Mungkin jauh di sudut hatiku ini kesedihan melanda tapi apakan daya ini jalan yg telah ku pilih, ini jalan citaku, ini impianku. Mungkin ini takdir kita. Ditakdirkan oleh Ilahi menjadi seperti dalam cerita 3 Idiots. And we are. Ukhwafillah sahabatku, rinduku tetap pada kalian, doaku juga untuk kalian.


Aku Pergi Dulu kerna punya urusan yang belum selesai,
Aku Pergi Dulu kerna punya perjuangan menuju Ilahi,
Aku Pergi Dulu mencari citaku yang ku impi,
Aku Pergi Dulu menyahut cabaran takdir ini,
Aku Pergi Dulu kerna ini jalan yg ku pilih,
Aku Pergi Dulu mencari keredhaan Ilahi,
Aku Pergi Dulu.

Setiap kejayaan hadir bersama pengorbanan.

Pengorbanan walau dalam apa cara sekali pown.