Saturday, September 29, 2012

Aku Pergi Dulu



    Aku dilahirkan di sebuah hospital dan dibesarkan di situ sehingga aku mampu berfikir. Jiwaku, hatiku, kehidupanku telah sebati dengan "HOSPITAL" . Lantas aku memasang cita-cita sebagai seorang budak untuk kembali bekerja di sini di HOSPITAL ini untuk menjadi seorang doktor.

   Masa berganti masa cita-citaku semakin pudar kerna aku semakin mengenali dunia. Aku semakin ligat menghitung cita-citaku. Aku tahu aku mampu beralih arah. Ya dan ternyata sangkaan ku benar. Aku mlibatkan diri dalam pertandingan yg melibatkan kajian dan aku mula seronok denganya. Ternyata cita-citaku berubah. Aku mahu menjadi seorang biotechnologist. Ala-ala researcher laa kn.

Tetapi semua itu berakhir,

   Rezekiku, takdirku semua itu telah ditetapkan oleh Allah. Yang dikatakan hati itu boleh berubah. Hati juga berubah. Tidak lain tidak bukan aku ingin kembali berkhidmat di Hospital. Itu citaku, itu harapanku dari dulu, dari kecilku aku bercita-cita nak bekerja di IJN (Institut Jantung Negara) dan sekarang aku dalam perjalanan menuju citaku. Alhamdulillah ini mujahadah citaku kerna-Nya. Biar apa pun yang berlaku ini takdir ketentuanku. Ini jalan yang telah ku pilih tiada jalan untuk berpatah balik.

Ya, tiada jalan untuk aku berpatah kembali. Akan ku teruskan meski langkahku ku tempang, meski langkahku rapuh. Oh ya, mungkin si dia sumber inspirasi hidupku. Hidupnya dulu juga pernah tempang, pernah berdarah, pernah berduri tetapi kini hidupnya bahagia saja. Mungkin ada masalah tetapi masalah itu masalah dewasa. Hahahaha, kekadang aku terfikir jugak, usianya meningkat tua tetapi jiwanya tetap muda. Bersyukur kepada Allah, aku bertemu insan ini, setahuku insan ini tidak pernah putus untuk berusaha. Bersyukur kepada Allah, dan ketika masa ku hadapi duka dia hadir bisikan kata suatu kenangan terindah. Ya aku bangkit semula. kenapa perlu mengalah kerna perjuangan masa ada dihadapan. Aku bersyukur Allah temukan aku dgn seorang insan ini, kerna dia aku mampu menjadi seorang manusia. Kerna-Nya aku berharap dia berbahagia bersama keluarga tercinta. Doaku tidak pernah putus berharap agar kehidupan insan ini dipermudahkan. Cukuplah derita yg dihadapinya ketika remaja. Thanks for being my light bro. You always in my heart. Thanks for making me to be a HUMAN


Aku Pergi Dulu sahabat, perjuanganku kerna-Nya. Aku tahu mungkin kembaliku nanti kalian telah pon dewasa. Kalian mesti telah ketemukan cinta manusia. Perjalananku suatu perjalanan yg panjang, penuh liku. Doa kalian amat ku harapkan. Doakan aku wahai sahabat. Mungkin jauh di sudut hatiku ini kesedihan melanda tapi apakan daya ini jalan yg telah ku pilih, ini jalan citaku, ini impianku. Mungkin ini takdir kita. Ditakdirkan oleh Ilahi menjadi seperti dalam cerita 3 Idiots. And we are. Ukhwafillah sahabatku, rinduku tetap pada kalian, doaku juga untuk kalian.


Aku Pergi Dulu kerna punya urusan yang belum selesai,
Aku Pergi Dulu kerna punya perjuangan menuju Ilahi,
Aku Pergi Dulu mencari citaku yang ku impi,
Aku Pergi Dulu menyahut cabaran takdir ini,
Aku Pergi Dulu kerna ini jalan yg ku pilih,
Aku Pergi Dulu mencari keredhaan Ilahi,
Aku Pergi Dulu.

Setiap kejayaan hadir bersama pengorbanan.

Pengorbanan walau dalam apa cara sekali pown.

Monday, August 27, 2012

Raya Tak Habis Lagi!!

Opssss dah raya ke berapa nie ek?? baru teringin nak update... Biasalah banyak show...tak sempat nak update kannnnn...

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin yang kenal mahupun tidak kenal...

Walaweyhhh raya nie korg buat apa yurp??? Hurmmm macam aku laaa kan..

First Day raya aku balik kampung mcm biasala... Sadiss tak sempat nak snap gambar... balik kampung pown dah tak meriah macam dulu-dulu masa zaman budak-budak lagi... Al maklumlaaa kan ada yang telah dijemput ilahi... Serius sedih bila makin meningkat umur feel raya macam dulu-dulu dah hilang.. tak salah kan kalau raya kita ingat mati macam nie kn..

Ok 3rd day paling best...plan beraya rumah kawan and its work....tapi tak dan nak snap pictures lagik...sibuk beraya sakan kan... tapi bila sampai rumah mama Ruslah (Cikgu Ruslah) kami dapat makan sedap laa jugak..

Sapa kenal masakan nie nama apa??


4th day my adventures day laa katakan... herghhhh aku terjah Bertam kowt weyhhh... pi Rumah my senior a.k.a abg terbaik laa

Sapo hensem lagi ek?? aku ke dia?? hahah #bajet jap




#Hadiah dari India Kurta (thanks abg.Naj Azre) ~ada macam Shah Rukh Khan, Salman Khan tak??

Balik Bertam aku terjah Sungai Petani pulak... eager nak jumpa hairstylist aku lerrr sebab rambut pown dah panjang.. lepak punya lepak pukul 5 pagi aku pown balik laa Yan...

Nie dia hairstylist aku.. kalau ada yg bekenan inform lerr



Then sambung dgn kenduri cousin pulak..


Huh...memang penat laa seminggu nie banyak jer activities... so memang letak tepi laa apa yang patut kan... so...

Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada sesiapa yg mengenali diri ini..ikhlas dari hati Mohd Husnul Hadi Bin Mohd Rodzi





Friday, August 3, 2012

Traged-ICT

~Salam Ramadahan untuk semua~

Ini kisah budak-budak muda...tatkala ramadhan datang mereka cuba-cuba nak beriftar di luar kampus...

Mampukah mereka meneruskan misi ini???


Ketika musim Ramadhan tahun lepas...segerombolan anak remaja ini cuba untuk berbuka puasa di luar PALAM... Ya mereka berjaya keluar dari kampus tersebut..

Bukan Susah nak Susah, 
Bukan Senang nak Senang

Tapi senang jer nak cari kereta sewa...hmmmm just call
           
      "Hello Bro...Kereta Sewa satu!!"

Hahaha...okay laa kan at least dapat berbuka puasa kat luar gak..dari sepanjang masa kat PALAM pown boring jugak...ceeewaahh

Cita-citaku besar..ingatkan nak terawih kat Masjid Besar Shah Alam tue..rupa-rupanya diriku terlepas ke ICT..
At Noodle Station nak iftar sama-sama

Tengah Plan nak Pi Mana lepas nie

Finally ICT jugak


Ku ingtkan nak iktikaf kat masjid...

Rupa-rupanya McD jugak tempat pilihan...hahaha
    Tak pa pi McD pown bukan buang masa... 24/7 org penuh tapi heran apa kami..buat tempat tu macam tempat kami suda laa...apa lagi kami pown memulakan aktiviti mengulang kaji pelajaran...kononnya laa nk study....

Caitttt!!! Satu apa tak masuk kepala...Hmmmm mungkin mata ini keletihan....takpa laa kami pown p tidoq..

Bagun-bagun esok pagi kami kena gerak awai laa sebab one part of my friends ada shooting...balik-balik PALAM kena SAMAN dengan POLIS PALAM 

Whattttt???? Kami pulak kena maki dengan pak guard tu...Hurmm apakan daya kami ini hanya student dia tue POLIS bebbb berkuasa di PALAM... 

Huhhhhh apalah nasib inilah Traged-ICT, 

Tapi tak pa pengalaman mematangkan sesorang..maype polis tu tahan sebab aku yang drive..tengok muka aku macam takda lesen lagi..bole makan laa kowt..mana nak pi taw.. 

Moral of the Story kalau jumpa POLIS PALAM buat bodoh jerr...



Tuesday, July 31, 2012

versus RAMADHAN

Salam Ramadhan buat semua

Alhamdulillah kita diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan lagi.. Opsss,,OPssss...
#versus RaMADHAN bukan nak citer pasal hukum hakam agama berkenai Ramadhan..kalau bab-bab tu cari laa org yang sepatutnya...biar yang arif menjawabnya...hanya jauhari mengenal manikam kan...??


versus RAMADHAN #PALAM

PALAM merupakan sebuah institusi pengajian yang bertempat di Puncak Alam...eeeiiuww bapak skema...hahaha...actually nak share ckit pasal experience berpuasa di Puncak Alam bukan smua orang dapat merasai perasaan itu..

First mari kita bercerita mengenai bazaar Ramadhan di PALAM... bazar ramadhan disini tidakla sebesar Jom Heboh punya karnival tapi bole laa untuk cukup2 makan untuk penduduk Palam...penduduk Palam dijangka dalam 2000 orang dan keatas so bayangkanlah bazaar disitu hanyalah 20++....alamak memang best laa kn..

Saat-saat paling best sekali kan bila time nak berbuka puasa.. Fuhhhh gather ramai-ramai kawan dalam rumah tu duduk kat ruang tamu..memang meriah laa kan...berkat ooo buka posa ramai-ramai...saat-saat nie laa kan nak belanja org berbuka puasa..

Bab terawih di PALAM...hahaha kami ada gelanggang bulat yang di dalamnya ada tempat untuk beribadah..nak kata masjid taktawlaa masjid ke tak kan..tapi itulah tempat beribadah kami..

Conclusion bukak posa kat palam mmg awesome sebab bole buka posa dgn kawan-kawan ramai-ramai


versus RAMADHAN #Sekolah


 Aku dibesarkan di sebuah sekolah berasrama so situasi kat asrama bila bulan ramadhan ja mesti meriah sakan...hahaha...mula-mula masa form 1 kat sekolah dulu mati-mati ingat tak bole pi bazaar ramadhan.. akhirnya bole jugak legaa hati..

Di sekolah amalan memberi makan untuk orang berbuka puasa sangatlah hebat....mau taknya hari-hari set sapa nak belanja sapa..hahah memang hari-hari best laa kan..bab makan kat sekolah tak payah risau sama laa macam orang lain..cuma dining laa kan kadang-kadang buat hal sikit.itu tak pa memang dah asam garam orang kat asrama..

Haaaaa..nie part menarik nie nie..Terawih

Kat sekolah dulu masa form 1-3 bole laa turun terawih tak miss lasum...mai makin tua skit dia nak merasa laaa nak miss terawih...hahaha..best kowt..kalau nak jadi baik sangat tak bole jugak kan...ada suatu ketika seorang ustaz ini membuat rondaan laa kan..kira macam check floor laaa pernah satu ketika terkantoi sebab time tu kami tak ready lagi nak menyorok/sembunyi laaa so dia mai laa bukak lampu...

dgn penuh gayanya "haaaa...kamu dok buat gapo lg nih..cpt turun, nnt ustaz rotan kang!!" wuhhhh memang  kami pown buat laaaa gaya-gaya nak turun tapi dia tunggu sampai kami turun,,,Adoiii!!! ustaz...ustaz..

Sebenarnya kalau nak cerita bab tak turun terawih nie memang banyak laa pengalaman dia jenuh nak menaip..so biarla pengalaman terawih itu menjadi pengalaman buat sesiapa yang pernah mengalami...

So...Salam Ramadhan untuk semua semoga Ramdhan kali ini lebih baik dari sebelumnya

Friday, July 13, 2012

JumPa LaGi

~Hola Team Legacy~

Semalam, 13.07.2012 bersamaan hari Jumaat, maka terubatlah hati sesiap yang menanti kedatangan result UPU.. Alangkah indah,riangnya hati mereka bila result UPU diumumkan... mesti diorg melompat kekatakkan...

Aku???

Hmmmm...macam niela nasib...

     Kajang Pak Malau,
Kajang Berlipat,
     Tengok result UPU,
Seronok laa dapat.

Seronok tu, seronok jugak tapi jangan lupa kepada insan diluar sana yang tak dapat.. Kesian diorg..jomlaa kita doakan supaya diorg dapat..

Alaaaaa..nie yang tak best nie.. Orentasi lagi..tapi dahh nk masuk degree, orentasi bukan macam budak-budak kowt.. hahaha.. tapi nanti kita semua jumpa kawan baru lagi.. huhhhh.. dah la aku nie pemalu, segan nak tegur orang...adoiii

ehh, kenapa dalam otak aku ada C6 nie (budak kelasa masa kat UiTM dlu)
       hmmmmm... rindu kowt...

Qilah+Khai= USM, Ada yg Geng UKM...hmmm yg lain bersepah jugak laa, adoii hmmmm nampak macam nak jadi dagang merantau laa kawan-kawan aku nie... Mungkin perasaan aku je kowt rindu korang, moments  di mana kelas Mr.Ho.. hahaha..

nk Citer pasal Mr. Ho jap..
   One day tu laa kan, ada kelas Mr.Ho laaa, cehhhh kemain semangat laa nak duduk seat depan dalam lecture  hall tu..hahaha kelas da start tapi budak C6 masuk lewat skit...mula-mula start dgn sorg nie.. dia lompat jer dari seat blakang nak ke depan selang satu baris je..ehh mesti korang tak faham kan aku cakap apa.. tp orang yang merasainya pasti tahu..

Hmmmm, smalam birthday Aqilah, cakap pasal birthday nie kan...budak c6 selalu jer buat birthday party..to be honest my first time birthday party dgn diorang laa...sedih kan.. tak caye?? nie haa buktinye..



Okay laa bab party, tp aku rasa laa kan apa yang makin mengeratkan kami adalah lawatan yang dikuasai oleh Farah Hazirah...seriusly after lawatan tu aku feel smacam jerr... pasal lawatan nie tak nak cakap bnyk tp biar gambar yg bercakap dengan korang






Okay, malas nak letak banyak-banyak tapi nanti korang jagalah diri masing-masing ok. Janganlah lupakan aku yang pendiam nie... Kalau Allah berikan rezeki, KITA

JUMPA LAGI 

p/s : nanti dah nak kahwin jangan lupa invite aku na..

Friday, July 6, 2012

MILO

 ~ Assalamualaikum~
~Salam 1 MALAYSIA~

ERGhhhhhh... lega bole minum milo secawan..Alhamdulillah dapat jugak kembali naik beyeebaaa yebaa disini setelah tiga bulan gua menyepi...lama kowt rindu teman nak hingaq..

Once Upon a TIME....

Kat Asrama dulu ada satu citer memang best arghh.... masa dulu-dulu zaman budak-budak laa katakan...aku sangatlah nakal bukan aku laa semua students laaa senang cerita mau tidaknyaaa tengah malam memanglaa lapaq...

Harapkan dining...hmmm dining makan students..dahlaa bagi roti ciput jerr masa dinner..mau tak lapaq kan tengah-tengah malam...nak buat macam mana dah nama student kan mestila nak burn the midnight oil sampai oil habih...tambah-tambah nak periksa..gelabah gilerrr kowt tambah-tambah bila ini takda

S N A C K S   a.k.a ChiiiKEDIEE

erghhhhh...memang perut keroncong untuk ANA laaa...alahaiii nasib ada dining pown tak kenyang...

NO...NO..NO... bukan nak salahkan dining ok.. Salah kerajaan pown tak..

Tapi kan...nielahh kami selamat ada MILO 3 in 1 baik punya mmg 3 in 1 punya cerita



M i l o menjadi penyelamat kelaparan...so memang berbar-bar laa milo digunakan untuk mengenyangkan perut..

~Selamat Mencuba yaa semua~

Wednesday, April 18, 2012

Legacy #4

Ini situasi sebenar laaa kowt bilaa aku tengok orang bnyk invest dlm emas nie
ini baru si SUAMi klu si Isteri pulak???


kalau jadi anak diorang pulak???

So maybe laa kowt situasi nie yang berlaku... sorry kalau ini bukan FACT..hahaha

Saturday, April 14, 2012

Tiba-Tiba RINDU

Salam....
Apa khabar Kalian??? mesti sihat-sihat kan...dah cuti apa lagi bina badan laaa kan???

Hurmmmm al-kisah maka tersebutlah kisah...tadi aku kemas-kemas hardisk nie..gambar banyak sangat...so kemas punya kemas aku jumpa gambar nie

Nama dia rabiatul Husna....tapi org panggil dia CUN A....mmg CUN kn?? hehehehe...rindu pulak nak dengar dia sebut sssss.....senang citer aku tengok muka dia pown aku bole gelak sorang-sorang... aku pown scroll down lagi jumpa pulop gambo nie...


Nama lelaki geek nie Ali Husaini, huhu sorry Ali...sorang lagi pulak Wan Khairina..archer,peminat taylor swift,die-hard fan Hunger Games...haishhh depa dua nie memang serasi bagai pinang dibelah dua katakan...tengok cara diorang communicate..sweet kan?? dah tngk pown bole perasaan..

Hahahaha...banyak kenangan yang tersimpan..TIBA-TIBA RINDU PALAM (UITM PUNCAK ALAM)

Aku pown senyum sorang-sorang lagi..hurmm ada lagi gambar nie..dia nie macam mastermind laa..selamat ada dia kalau tak aku tak tawu laaa C6 sama macam budak-budak kelas lain ke tak...inilah FARAH HAZIRAH
hurmmm kalau bole aku nak letak jaa semua gambar-gambar yang ada..kepada kawan-kawana jgn berkecil hati yup....walaupun tiada gambar korang dlm post nie...tapi korang sentiasa dalam ingatan..

TIBA-TIBA RINDU bila tengok gambar korang

Friday, March 23, 2012

Laporan Puncak Alam

LAPORAN PUNCAK ALAM

PENSYARAH : MISS ARDA ADRINA BT. DAUD
CLASS REP : NORAZMAN
PARTICIPANTS : 29 ORANG
TAJUK : EPISOD TERAKHIR

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

    Kehadapan kawan-kawanku yang disayangi,, ini merupakan laporan yang ku karagkan khas untuk anda semua. Tidaklah puitis, tidaklah gramatis tetapi hanya sedikit coretan kata sbagai tanda perhargaan,tanda sayangku kepada kalian. Mungkin aku tidaklah sempurna tetapi kalian telah melengkapkan hidupku.


malam ini aku sepi kembali menyendiri...hurmmm "jom g raff" ok setel...tapi nnt balik nak cari raff kat mana entah...hurmm...yup perpisahan ini hasil pertemuan kita...keakrabaan ini hasil kemesraan kita...kecerian ini hasil kerenah kalian semua...dan perpisahan ini hasil pertemuan kita..

Akan ku sematkan setiap nama dalam kamus ingatanku...yup aku bukanlah seoarang yang friendly sgt pown..tapi kalian telah buatkan aku tertawa..ini episod terakhir kita bersama..aku rindu kalian semua..mungkin ada rezeki kita jumpa lagi...tapi anggaplah perpisahan ini perpisahan kita kerna Ilahi.

Aku rindukan Puncak Alam kecantikan malam diwarnai dengan kerlipan lampu-lampu jalan..setiap kali malam sambutan birthday someone mesti happenning....jujurnya kalianlah orang pertama yang celebrate birthday aku....hurmmm seriusly aku terharu sgt.. 

Ini Episod Terakhir di Puncak Alam...hanya jasad yang memisahkan persahabatan kita namun segenap pelusuk hati ini dalam satu ikatan kita tetap menyatu PERSAHABATAN...alangkah indah setiap pertemuan itu tiada PERPISAHAN..alangkah indah setiap KECERIAN tiada KEDUKAAN

tetapi,

Itu semua rencah hidup...kadagkala kita menangis, dan ketika itu baru kita sedar kenapa kita menangis..kadangkala kita tertawa sehingga terlupa siapa yang membuatkan kita tertawa...bagiku inilah gunanya SAHABAT..kalian semua telah memberi impak kepadaku..kalian semua telah mengajarku erti hidup

Thanks for the memories..kalau aku nak compare zaman sekolah dgn sini...aku rasa sini lagi banyak memories...aku tak tawula sebab apa..maybe sini banyak aktiviti compare dgn sekolah kowt..tapi aku tetap sayang korang..aku sayang semua..korang budak kelas yang terbaik yang pernah aku jumpa...aku akan merindui korang...yuppp....tak perlu mention semua nama sebab setiap orang ada waktu tersendiri

SELAMAT BERJUANG RAKAN-RAKANKU...PERJUANGAN BELUM SELESAI..MASIH BANYAK YANG INGIN KITA TEMPUH..ASASI SAINS PUNCAK ALAM PI080C6 TEMPAT KITA ABADIKAN KENANGAN TERLAHIR RASA KASIH SAYANG..RASA PENTINGNYA PERSAHABATAN

~AKU SAYANG KORANG SMUA ~

#halalkan segala ilmu yang korang berikan..nanti kahwin jgn lupa kad yerrr...

Sunday, January 1, 2012

Kembali Ke Sekolah

Ayuh kita kembali ke sekolah

ngehehehehehe.......aku dah tua aku dah masuk 19 tahun nie...tapi ikut tahun laa kalau ikut bulan aku muda lagi....sangat-sangat muda...hehehehe..

Sesaat kau datang, sesaat jer aku teringat yang dah masuk tahun baru semua pakat riuh nak masuk sekolah...tetiba pulok aku teringat nak masuk sekolah balik mau tidak rindu kowt...sekolah rendah...hurmmm waktu tue aku sangat laa innocent sangat.....muka pown muka tak bersalah...rindu pulok kawan-kawan sekolah rendah...yela kea sekolah rendah tak banyak sangat tapi i gak kenangan tuh...

Sekolah Menengah

  Di sekolah inilah yang membina aku...jatuh bangun aku tak mungkin aku lupakan...bermula tingkatan satu aku disekolah itu, hahahaha ada abg angkat lagi..mau tau laa budak-budak kae tak matang lagi mesti perlukan guidance...dapatlah aku seorang abg angkat...sekarang pown dia  study kat australia ambik biotech kalau tak silap..hurmmm macam tuelah aku form one macam budak-budak hingusan

Masa form two aku dah start join banyak aktiviti koko.hahahaha..mau taulah aku nie kaki koko...rindu nak berkoko...nak buat macam mana dah minat nak bercakap..dah minat nak berkawat...dari sinilah aku dididik membina keyakinan diri atas pentas..itu dulu tapi sekarang kalau naik stage ada jgk laa stage freak sebab lama sangat tak naik stage...last naik pown form 5

Form 3.........lalalalalalalalala....PMR #study je keje..xbnyk sgt nk ingt

haaaaaaaa Form 4....part nielaa paling best....orang cakap form 4 tyme untuk enjoy kan???? hahaha sungguh memang aku enjoy...aku enjoy gilerr sampai kelas pown aku lab...sorry ek cikgu-cikgu biasalah nak enjoy...macam-macam alasan aku bagi mau tau laa semata-mata tak mau masuk kelas...
antara yang aku ingat laaa
  1. Check khemah
  2. Drama
  3. RnD
  4. Latihan Kawad
cukup laaa kowt nanti kantoi sangat memang aku dulu suka lab kelas..hehehehe....masa nie jugak laa kami kena buat board rumah laa,khemah laa macam-macam laa teringat aku budak-budak ma kecoh bangat...


hahahahaha...macam nielah kami...sekarang dah bawak haluan masing-masing...yelah kan tak kan nk dok kat takuk yang lama..mestilah ada improvement....kenangan nie terus dibawak sampai laa form 5...

nie ada lagi....heheheh


tapi hok nie kami menega pulok..hahaha...tokkea kebab...oblong satu...chicken chop satu...kasi laaa kurang harga..kawan-kawan pown mau kira kahhh...aiyaaaaa

tapi sayang baju fbt merah aku hilang....******* punya pencuri baju kenangan aku tuh..haishhhh

hahahahaha..inilah sebab aku teringat nak kembali ke sekolah..kawan-kawan...mereka mengajar aku baik dan buruk....aku jatuh bangun bersama mereka..aku menjda dewasa bersama mereka...hurmmmm 

SELAMAT KEMBALI KESEKOLAH
~jangan lupakan kenangan anda~