Friday, May 27, 2011

MDS

MDS??? apa itu MDS??? semestinya anda tertanya-tanya apa itu MDS...semestinya yang mengetahui adalah budak2 UiTM dihatiku..

let me tells you alls semua...MDS nie sebenaqnya adalah Minggu Destini Siswa...lebih kurang orentation laa...

tapi...saya bukan nk bercerita tentang apa itu MDS.. tapi nak bercerita tentang pengalaman semasa MDS...

Kisahnya bermula sewaktu aku...

..........22/May/2011...............

hari ini aku sgtlah excited kononnya nak msk University la katakan...hahaha...excited sebab ingat tempat tue best gilerr...tapi apabila selepas mendaftar terngiang-ngiang di kepala ku "ishhhh...sama mcm asrama jaa...tp cuma satu bilik 4 org jaa..." inilah intreprestasi aku yang pertama apabila aku melangkah masuk buat pertama kali ke uitm Bukit Mertajam...

........23.May.2011.................

Hari ini aku dikejutkan pada pukul 5.00 pagi, sepatutnya kena bangun pukul 4 taw...tapi aku letih sesangat...aku terjaga pukul 5..tapi tak mengapa, denda tetap denda..macam biasalah kena denda macam la tak pernah kena denda time sekolah dulu-dulu...ok..hari ini jugaklah aku ada pendaftaran akademik..untuk bergelar sebagai seorang mahasiswa UiTM aku hendaklah mendaftar akademik baru sah jadi siswa UiTM..fuhhhh....lama giler nak tunggu...dahla panas...hitam aku dibuantya...petangnya pulak kami kena main senam sitomi..muhamad ali..best korangg...mmg best...
malam mcm biasalah...tido lewat selepas ada tazkirah oleh abang-abang PM

..........24.May.2011................
..........25.May.2011...............

hahaha...kenapa tarikh nie aku gabungkan sekali?? hihih..sebenarnya dua hari ini kami termottivasi oleh taklimat-taklimat yang disampaikan sampai kematu pinggang kami dibuatnya..nk elaborate psal taklimat?? owhh no..no..no.. terlalu pnjang dan mutakhir...sebabnya aku sendiri tertidur time taklimat..haha..kes tue la aku tak nak citer...takut silap information kena la plak akta 174 tindakan tatatertib..


..........26.May.2007..........

hari ini adalah majlis perasmian oleh VC secara live dari shah alam...sebelum VC kasi ucapang rector kami sempat kasi ucapan..rektor yang disayangi ilah Prof.Madya Zaki. Beliau teramatlah baik sehinggakan dlam waktu yang singkat kami terpegun melihat cara kepimpinanya..kami syang rektor...tapi apakan daya nak kena pindah pergi Puncak Alam...rektor nk letak UnIFI kami tak sempat nak merasa kemudahan itu...sedihnyaa..teramatlah sedih...hati aku telah jatuh di UiTM Bukit Mertajam...tapi kenapa mesti pindah??? sebab itu ketentuan ilahi

...........27/May/2011................

hari ini hari last hatiku berbunga+ sebab nak abis dah...tapi sebenarnya sedih gak laa..hihi..satu g ....ari nie kami kena wat lawatan fakulti...tapi kami nak melawat ke bertam??? ishh jangan nanti kalau kat bertam bila nk tukar puncak alam tak nak plak..hihihi...


.......................................................................

sebenarnya MS mengajar aku segalanya tentang erti sebagai seorang siswa..tentang masa dan segalanya..inilah kenangan yang juga terindah dalam hidpku

inilah SUpian yang keletihan semasa orentasi...comelkan??


sebenarnya ada banyak gak laa gambar tapi malas la nak upload...hihih...
oleh itu TERIMA KASIH ABG DAN KAKAK2 PM (Pemimpin Muda)...kenangan di UiTM Penang tak akan kulupakan walaupun hanya seketika...

Wednesday, May 18, 2011

KINI bukan lagi DAHULU

KINI aku bertapak sebagai seorang anak muda yang mahu memenuhi ranjau dan onak duri yang penuh liku-liku yang akan dtg buat masa yg akan datang..

DAHULU aku hanya seorang insan yang menigkut telunjuk orang yang mengarahkan itu dan ini..

aku KINI adalah KINI...bakal menjejakkan kaki melangkah ke alam baru mencapai destinasi yang belum pasti tapi ketabahan harus ku sematkan dalam diri..ini adalah aku yang perlu bangun dari ingauan mimpi yang xpasti..kini aku perlu berdiri di atas kaki sendiri..

DAHULU bole laa ada orang nak tolong jaga makan dan minum, ada orang nak kawal sahsiah diri, ada orang yang beri didikan agama kepada diriku ini..

tp KINI

ak harus sedar tiada sapa lagi nak membantu ak disisi seperti DAHULU yang tinggal hanyalah aku menghadap Ilahi mencari kesempatan agar terus berada di jalan yang benar tanpa sebarang kesesatan..

"Ya Allah kau berikanlah aku Hidayah dan Petunjuk agar aku lebih tabah menempuhi dugaan dan cabaran yang telah Engkau aturkan"

DAHULU mesti ada cikgu akan kata Hadiii nie tak betul, buat lain cpt...

KINI ada ker semua tu?? semestinya aku sendiri yang perlu sedar kesilapan yang aku lakukan...

DAHULU hanya tinggal kenangan yang tetap tersemat abadi dlam sanubari dan ingatan ku...masih belum terlambat untuk ku ucapkan "Selamat Hari Guru"

Kini aku akan melangkah masuk ke Universiti Teknologi Mara Bukit Mertajam, "selamat datang ke dunia baru ini Hadi!!"

KINI aku harus sedar dgn diri sendiri kerNa KINI bukan lagi DAHULU