Sunday, November 27, 2011

Legacy #2

~Salam Sejahtera~

6.26 p.m,Ahad,27.11.2011

Hari ini aku menapak lagi, menapak mencari sinar. Kemanakah arah tuju aku yang sebenar? Sedar tak sedar dalam dunia nie aku hanya diberi dua pilihan. Hidup atau Mati?

Kalau aku memilih HIDUP, aku terus menapak lagi mencari sinar yang tak pasti, hidup? Masih bersisakah hidupku ini. Sedetik aku terfikir lagi dalam hidup ini aku juga diberikan dua pilihan baik atau buruk...
           "Arghhhhhh hatiku berombak laju entah lagu apa yang dimainkan, Nirvana,Metallica?? Aku terdiam sepi". Perjalananku masih panjang maih banyak yang ingin aku ceritakan, kisah hidup seorang pemuda yang cuba menempuhi pelbagai halangan.

Sedar tak sedar, tanganku sedang mencapai sesuatu, ya tak syak lagi HP yang sedang ku gapai. Switch on ditekan. Program photoshop diklikan, fikir-fikir nak edit gambar sikit. Boring-boring katakan. Segala capaian telah dibuat.
         "tanggggggg!!!!!" ya Allah, selamat aku dalam bilik, kalau tak memang habuk la jadinya. Kilat dan Guruh terus beirama umpama drum beat yang dihentam main saja tanpa score yang teratur.

"Fuhhhh!!! Selamat dunia." Mata dan tangan masih ligat bermain di keyboard. Telinga asyik mendengar lagu korea. "Dummmmppppp!!!" sekali lagi alam mengeluarkan suara.
      "Ishhhh, apa yang tak kena dengan aku nie??" Tangan yang ligat sebentar tadi terhenti seketika, Mata yang fokus tadi bagai nak tembus skrin lappy nie di arah ke luar cakerawala. Mungkin ada sesuatu yang tak lengkap dalam diri aku. Termenggu seketika bagai menanti bulan jatuh ke riba agaknya. Mindaku terarah ke suatu benda.

Di benak pemikiranku, aku terfikir akan satu perkataan MATI. "Hmmmmm...Mati tu apa rasanya ha? Orang selalu bunuh diri tak sakitkah? Mainan dunia? Bersediakah mereka yang mati bunuh diri tu?" Banyak soalan banyak juga tanda tanya yang tak terungkai. Aku karam dalam lautan soalan yang bergelora. Aku terus hanyut dalam ombak yang deras membawa aku ketengah lautan tak perpenghujungnya
   

  "Hidup itu penuh tanggungjawab, tanggungjawab nak mati terutamanya. Bersediakah untuk semua itu kerna dalam alam ini hanya ada dua. Syurga dan Neraka, Pahala dan Dosa. Apakah pilihan kita?"

Friday, November 25, 2011

Legacy #1

~Salam Sejahtera~

ungkapan ini lebih menarik dan terbuka untuk semua...

satu perjalanan menerusi satu legacy untuk menemui satu LAGENDA TERAGUNG...


26.11.2011, 11.54 a.m, Sabtu

  Hari ini aku melangkah longlai...bangun ku dari sedar sekitar jam 6 pagi...aku tertanya-tanya apakah tujuan hidup aku hari ini...???
    "buat kerja lecturer ke,tido ke??? ermmmm.." terdetik seketika di dalam hati yang berkalung noda ini..
Pelbagai rancangan telah ku susun untuk aku lakukan hari ini. terlampau banyak rasanya samapai diri sendiri rasa tak mampu nak buat.

    "haaaa..apa kata aku tengok video dulu laa, sekurang-kuranya aku tak laa mengantuk sangat jap lagi nak study". HP dibuka lantas cursor disasarkan kepada movie yang nak dicari..."ALAMAK TOYOL"
tiba-tiba hati ku teringat zaman persekolahan dahulu..

"Dulu aku ada kawan-kawan, sekarang kami semua sudah berpecah, dulu aku digelarkan seorang TOYOL..hahahaa lawak kan?? macam mana laa bole kena panggil toyal nie..jahat gilerr kawan-kawan aku nie..tapi tue semua sementara ja, lepas SPM kami semua dah berpisah, semua bawak haluan masing-masing. Ada yang dah ke MESIR..jeles aku dibuatnya, tapi itu semua rezeki masing-masing buat apa aku nak susah hati kerna masih ada yang mengaturkan rezeki aku jauh lebih baik.."

"hoiiiiii!!!!"
     Tersentap aku dari lamunan yang seketika tadi. Mustaqim, kawan serumah aku tiba-tiba dari belakang memeranjatkan ku..nasib baik laa tak ada sakit jantung kalau tak alamat memang habuk laa aku kat dunia nie, memang terlebih Eleventh one minute laa..Allhamdulillah aku sihat lagi..

Selesai aku menonton movie, waktu terus berganjak menghimpit duniaku, macam-macam nak buat tapi tak kesampaiaan..Tapi apakan daya manusia ini pelupa..perlukan banyak bantuan dan pertolongan.. hahaha teringat balik aku kata-kata nie "manusia nie selalu lupa" 

Sang mentari beransur selesai melaksanakan tugasnya, Sang bulan mula berganti tempat itulah karma, hukum alam yang telah ditentukan oleh sang pencipta.
          "Anas, hang dah siap tutorial?? "
                "Dah". Anas ni roomate aku..rajin giler aku je yang malas-malas nie. tapi bagusla ada dia jadi roomate boleh laa tolong ingatkan aku selalu

~sesunnguhnya bepesan-pesanlah dengan kesabaran dan berpesan-pesanlah dengan kebenaran~

Put out that cigarette & snap pics instead! U might just win prizes worth RM2K! #TakNak

Put out that cigarette & snap pics instead! U might just win prizes worth RM2K! #TakNak

Monday, November 21, 2011

HARIMAU untuk MALAYA

~Salam Sejahtera~

hari nie tak ada korea-korea bcause hari ini special day untuk MALAYSIA....Actually smlm aku dpt laa jgk tngk bola walaupun aku kat kolej...hahahaha...usaha itu tngga kejayaan so aku pown g laa cari block mna yg bukak tv...so aku pown pegilah block A3..

huh...nak dijadikan citer laa kn aku pown pegilah dgn kawan-kawan aku yg lain...masuk jer minit ke -4 then xdan kejap aku tngk INDONESIA dh jaringkn goal....GOD apa dh jadi awal sgt!!! terlampau awal untuk aku...aku baru msuk nk tngk jer...huh nak luruh jantung aku masa tue...terkejut punya pasal kn...ermmmmm

tunggu punya tunggu nahhhhhh!!!!!! GOALLLLLLLLLLLLLLLLLLLL!!!!!!!!! bergema satu bilik dengan sorakan kami yg ada dalam bilik tue..hihihihi...thanks laa AZRA..huhhh lega rasa hati ini...

then Malaysia terikat dgn indon smpai lah extra time pown 1-1 gak...haishhh nk wat mcm mna nie...terdetik dalam hatiku....huh...takut laaa....

PENALTI pown bermula......tawu apa jadi stiap kali...jeng-jeng MALAYSIA MNG LAAA!!!!!!!!!
PUAS hati aku menjerit smlm tp syglaa FAKHRI please laaaa...kau sorg jer xgoal..tp tak pa..maybe takdak rezeki dia kowt...hehehehe..

lagi pown BONAI dh jampi serapah dah srh indon kalah...hahahah...tawu sbb apa?? mestilah nk bagi org INDON kat GELORA BUNG KARNO tue diam bising sgt diorg tue...haaa kes tue laa BONAI baca jampi bagi kalah....tp ini bukan faktor MALAYSIA mng...ini semua khurafat jaaa...

MALAYSIA MNG SBB HARIMAU ITU PANTAS GARUDA ITU BERSAYAP...PATAH SAYAP DIBAHAM HARIMAU...so mmg harimau kuat laa kn???

~PERGI KE PEKAN DGN CIK TIMAH
MEMBELI SAYUR DI KEDAI PAK ALI
GARUDA ITU MEMANGLAH LEMAH
HARIMAU MALAYA MENANG EMAS LAGI~

aku bangga menjadi rakyat malaysia

Sunday, November 20, 2011

The Revival

~Annyeonghaseyo~

After for a long time being dpt juga aku curahkn sesuatu dlm blog tercinta nie....mesti laa tercintaa hehehehe sbb dikelilingi 4 orang awek2 cun...cun tak??? mesti laaa kn.....girls out there jgn jeles yup...hihiihih

Main purpose terpikir nk memblog arinie sbb aku dh balik PALAM a.k.a puncak ALAM...hishhhh penat ooo tak larat aku naik tangga dari atas ke bawah....ermmmmm exercise skit laaa..mau gaya nk jd tough kn....ishhh nk habaq kata blik PALAM ja ka??/ hisssshhh xpyh laa malu kat org sgt aihhh bnda nie pown nk kecoh ke??? ermmmm.....kesian budak nie...

satu lg announcement blog saya yang upin464.blogspot.com dah bertukar jd legacy464.blogspot taw...ini pengumuman yang amat penting...

Oleh hal yang demikian maka rasmilah ak blik puncak alam...maka esok mula lah era aku nk terjah buku,gosip dgn lecturers,main kayu tiga dgn calculator...adoiii...xpa2 sabaq sat 5 bulan sat jah....jgn laa homesick yer adik2 katrumah tue...tawu tak homesick penyakit berbahaya...nnti tak boleh kahwin...haaaa...baik jgn homesick...ermmmm...

Mata dah BERAT
Hujan makin LEBAT
Tilam dok PERANGAT
TIDOQ la CEPAT

~saranghae to my readers~