Sunday, December 18, 2011

KELAHIRAN

Kelahiran merupakan satu perkara yang dinanti-nantikan untuk semua pasangan yang mendirikan rumah tangga. Kelahiran individu baru merupakan satu permulaan bagi kehidupan berkeluarga.

Aku masih hidup lagi, syukur Alhamdulillah,  hari ini aku melangkah masuk ke 18..haa ke 18?? umur yang ke-18 laaa. Aku berdiri disini bukan aku hidup sendiri, aku hanya lahir dari setitis air mani yang hina seterusnya seketul daging seterusnya tulang belulang yang dibaluti daging maka setelah 9 bulan aku dikandung oleh si ibu maka hidup lah aku setelah ditiupkan roh oleh Allah.

Tidak wujud aku disini tanpa pengorbanan ibu yang sanggup membawa aku kesana kemari tanpa mengenal erti penat jemu. Kalau difikirkan pengorbanan itu, pengorbanan susu yang diberikan jika ibu tidak menghalalkan itu semua maka siapalah aku dimuka bumi ini, pengorabanan ibu tidak terbalas, aku tidak dapat memikirkan apa yang akan ku balas nanti, yangg aku hanya fikirkan mampukah aku membalas jasa ibu. Ibu, pengorabanan yang engkau lakukan untuk diriku tidak dapat dibayar, ku pohon restumu ibu ku pohon doamu ibu. Ampunilah segala dosa-dosaku ini ibu. Aku akan berusaha melakukan apa yang termampu.

Ayah, kau penat bekerja siang dan malam tanpa mengenal jemu. Jika engkau mahukan kembali setiap sen yang engkau gunakan untuk aku, nescaya tidak terbals,tidak terbayar aku dibuatnya...Ayah kau ibarat idola dalam hidupku bekerja siang dan malam. menjagaku kala aku sakit.Akan ku kenang segala pengorbanan mu Ayah. Aku tahu dulu kau mendidik ku dengan tegas semata-mata mahu aku menjadi manusia yang berbakti kepada manusia. Akan ku kejar apa yangg dipintamu Ayah. Ampunkan segala dosa-dosaku ayah.

Kini aku berumur 18 tahun. Panjang perjalanan hidupku, kawan-kawan terima kasih kerana memberi aku peluang untuk aku hidup memberi kecerian mahupun kesakitan hati untuk kalian semua. Ampunkan segala doasaku jika aku ada sedikit sebanyak menguris hati kalian. Aku tak akan terus hidup sebegini jika kalian tiada disisi kalian umpama tongkat untuk aku terus berjalan memberi semangat dikala aku memerlukan. Memberi bantuan dikala aku kebuntuan. Aku hargainya sangat menghargai. Tidak tebalas jasa kalian jika dihitungkembali. Hanya Allah mampu membalasnya. Halalkan segala jasa yang telah kalian curahkan untuk ku.

Terima kasih kerana masih hidup bersamaku

2 comments:

zaty said...

hadi hadii..
happy birthday!
semoga berjaya dlm apa jua bidang yg diceburi.semoga tenang menghadapi apa jua liku kehidupan.
May God bless. :D

Unknown said...

thanks zaty